Waktu Subur Wanita – Baca Ni Kalau Nak Cepat Hamilkan Isteri

Sedang cuba fahami waktu subur wanita? Bagi pengantin baru persoalan tentang waktu subur wanita pastinya kerana tak sabar nak timang cahaya mata. Yelah lepas beberapa bulan berkahwin, pasti usikan dan pertanyaan dari ahli keluarga dan rakan taulan tentang anak.

 

 

Bagi wanita bujang yang baharu berkahwin sendiri tidak faham tentang persoalan kehamilan ini. Ramai pasangan baharu berkahwin ingat yang sekali “pancut” aje terus mengandung. Hal ini kalau dalam movie atau drama memang cerita sekali pancut sahaja sudahpun mengandung. Namun dalam alam realiti, perkara ini ada kebenarannya, dan kebanyakkannya adalah satu dongengan perasaan semata.

Mencari Waktu Subur Wanita

Semasa itu penulis baru beberapa bulan berkahwin dan “pressure” yang dirasai apabila orang sekeliling kerap bertanya.

Arm, dah ada isi ke?

Atau.. yang sewaktu dengannya.

Segan dan rasa tercabar seolah – olah aku tak pandai ‘main’.

 

 

Jadi pelbagai cara kami ikhtiarkan untuk meningkatkan kesuburan. Bukannya apa, sebab masalah mungkin berpunca pada diri sendiri. Saya membaca yang merokok menyebabkan penghasilan air mani lelaki jadi berkurang dan sperma kurang aktif.

Sebagai lelaki, saya sedar dan ramai lelaki lain yang hadapi masalah sama iaitu jumlah air mani yang kurang disebabkan sikap suka merokok. Dan saya juga seorang perokok jadi kena kurangkan merokok dulu.  So tu kami berusaha dengan beberapa cara.

Antaranya adalah:

  • Cara Islam
  • Cara mengambil supliment
  • Dan cara kira waktu subur

Kesemua ini di combinekan, baru menjadi. Antaranya isteri mengamalkan surah yunus pada air dan meminumnya. Isteri juga mengambil supliment seperti vitamin B dan E yang dapat membantu membanyakkan cecair waktu subur wanita.

 

Saya pula mengamalkan Vitamin E dan Zink yang dapat menambah pengeluaran air mani yang banyak dan sperma berkualiti.

Sebelum ini, saya fikirkan yang proses hamilkan isteri adalah mudah. Tanpa mengetahui sebenarnya ada rahsia yang perlu disingkap. Sebagai suami, anda perlu tahu tentang waktu datang bulan dan kiraan jumlah hari.

Bagi kebanyakkan wanita yang normal, waktu datang bulan adalah sekitar 7-9 hari. Jika jenis banyak darah kotor ia boleh mencapai hingga 14 hari. Kalau lebih tu kena bawa jumpa doktor. Itu dah namanya, darah panyakit.

Cara Kira Waktu Subur Wanita

 

 

Hari pertama datang bulan merupakan kalender baru untuk isteri anda. Ia umpama 1 hari bulan. Katakan isteri anda jenis normal iaitu 7 ke 9 hari. Saya ambil 7 hari. Waktu lepas habis haid itu adalah waktu subur isteri.

Kajian yang dijalankan oleh University di USA mendapati, jika berlaku persenyawaan benih antara sperma lelaki dan wanita dalam tempoh selepas habis haid; potensi untuk mendapat anak perempuan adalah lebih tinggi.

Maknanya dari hari ke 8 hingga ke 12 anda boleh menganggarkan boleh mendapat anak perempuan. Pada hari ke 13 hingga ke 14 biasanya merupakan waktu paling subur isteri anda. Lebih kurang seminggu selepas suci.

 

 

Kalau isteri anda suci pada hari ke 9, makna waktu paling suburnya pada 15hb-16hb lebih kurang. Kiraannya adalah sama sekitar seminggu selepas suci.

Apa Beza Antara Waktu Subur Dan Waktu Paling Subur Wanita?

Perbezaan antara waktu subur wanita dengan waktu paling subur adalah terletak pada hari.

Berbalik semula kepada situasi normal iaitu 7 hari haid. Pada hari ke 8 hingga ke 12 adalah waktu subur wanita yang mana peluang untuk mendapat anak perempuan adalah tinggi.

Pada hari ke 13 hingga hari 14 akan berlaku waktu paling subur wanita. Dan anda boleh kesan ia dengan perubahan tingkah laku seperti isteri jadi lebih manja, sensitif dan miang.

Ya, jangan nak gelak. Miang adalah salah satu tanda yang isteri anda sedang dalam keadaan paling subur. Waktu ini adalah waktu yang paling mudah untuk hamilkan isteri anda.

Kekerapan Bersama

Kekerapan bersama juga memainkan peranan penting. Asmara setiap hari tidak menjamin anda akan beroleh anak. Sebaliknya 2-3 hari sekali adalah apa yang para doktor cadangkan.

 

 

Ini tujuannya supaya sama – sama dapat menghasilkan benih berkualiti dan meningkatkan peratusan kehamilan.

Pada waktu isteri anda lebih manja dan perlukan belaian, peratusan untuk mendapat anak lelaki adalah lebih tinggi. Kemudian, selepas habis waktu “miang” tersebut, isteri akan jadi tidak subur selepas 2 hari. Maknanya anda ada sekitar 4 hari sahaja untuk mendapatkan anak lelaki.

Ini cuma perancangan kita sahaja, tetapi perancangan Yang Maha Esa melebihi segalanya.

Apapun yang penting usaha, doa dan tawakkal (berserah) adalah kuncinya.

Kadang – kala Allah belum nak beri rezeki kerana keadaan kewangan anda yang belum stabil. Ditambah gaya hidup yang mungkin melebihi gaji bulanan akan menjadi punca masih belum dikurniakan anak.

Banyak perkara dan tanggungjawab yang lelaki nak kena pikul. Jadi kena bersedia sebaik – baiknya dari semua sudut. Bukan dari sudut kewangan sahaja.

 

 

Ada orang yang anak didatangkan dalam keadaan tidak bersedia. Tak bersedia dari segi kewangan dan segalanya. Itu adalah bentuk ujian. Untuk melembutkan anda dalam keadaan tidak bersedia.

Biarlah kehadiran anak itu sebagai Rahmat, dari doa dan permintaan anda. Bukannya ia datang kerana Allah beri ujian. Walaupun saya atau sesiapa sahaja tidak boleh menilai situasi anda, namun biarlah ia jadi penilaian untuk diri sendiri supaya lebih bersedia.

Jangan Lupa Dapatkan Ebook Rahsia Malam Pengantin & Mudah Hamil Disini Secara Percuma

Itu adalah serba sedikit kuliah dari penulis kepada anda yang mencari waktu subur wanita supaya mudah hamilkan isteri. Memang banyak tanggungjawab dan persediaan anda sebagai suami. Jika anda masih melihat dan suit-suit wanita lain selain isteri, mungkin itu ujiannya yang Allah nak anda pass dulu.

 

Yela kebiasaannya, ramai lelaki merasakan yang mereka berkemampuan untuk mempunyai anak. Berkemampuan dari segi kewangan dan segala benda. Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman yang dikongsikan lelaki lain. Perkara yang berkaitan dengan “part iman lemah” tulah yang sebenarnya nak kena ubah.

Baca Juga Waktu Subur Lelaki

Itu sedikit sebanyak tips saya seorang lelaki @ suami yang sudah mempunyai anak. Sekitar 6 bulan kahwin barulah kami mendapat khabar gembira. Khabar yang sangat di tunggu – tunggu.

 

Isteri berjaya hamil. Saya pun waktu tu, terjebak makan asam jeruk. Sebab isteri muntah – muntah lama juga dan banyak bergantung dengan jeruk madu pak ali. Semoga tips waktu subur wanita ni dapat manfaat dan kalau best, jangan lupa share ye.

Leave a Reply